
— Penubuhan
Al-Madrasahtul Faizsyahmi (ALMFS) ini merupakan satu tuntutan agama dan ianya amat penting kepada masyarakat Islam di Tuaran khususnya dan Sabah amnya dalam rangka untuk memastikan agar Islam di Malaysia dapat disebarkan dan difahami dengan betul justeru memastikan agar ianya terus bertapak di bumi Allah SWT.
—Memandangkan kos untuk menyiapkan bangunan Al-Madrasahtul Faizsyahmi (ALMFS) ini masih belum mencukupi, pihak kami mengharapkan sumbangan ikhlas dari semua pihak. Semoga dengan terhasilnya kertas kerja ini, individu atau pihak-pihak tertentu bermurah hati untuk menyumbangkan dana dari segi kewangan, bahan binaan mahupun tenaga kerja agar projek ini dapat dilaksanakan dan beroperasi sebagaimana yang dirancang. Usaha yang gigih diperlukan untuk menggembeling tenaga kerjasama di kalangan warga komuniti masyarakat agar projek ini akan berkekalan dan mampu mencapai matlamatnya amin.... Kepada setiap Individu dan Organisasi yang telah dan akan menyumbangkan dermanya sehinggalah terdirinya Madrasah ini dan pembelajaran dapat dimulakan semoga Allah memberikan naungan RahmatNya, amin…..