Lack Madrasah Tahfiz Quran in the state is one of the factors why the need for the construction of Al-Madrasatul Faizsyahmi (ALMFS) this. Most parents who live in the state had to send their children to West especially East Coast states of Kelantan and Terengganu and Pasantren-pasantren in Indonesia to study the Quran Tahfiz and further studies ALIM. Awareness of the importance of establishing Al-Madrasatul Faizsyahmi (ALMFS) is one of the religious obligations because this is the first ALMFS in Tuaran, Sabah and become a necessity to the population of Mengkabung Tuaran Sabah in particular and in general. Recognizing this fact a servant of God had entrusted that piece of land with an area of ​​4 acres of his order in the building as the "House of Knowledge" missionary center, religious activities and other religion that suits the requirements..
Home » » Mendidik dan memujuk

Mendidik dan memujuk


Mendidik dan memujuk anak-anak berpuasa pada usia muda memerlukan kebijaksanaan ibu bapa. Namun, ia perlu juga mengikut faktor umur dan kesihatan anak-anak tersebut. Ketua Pegawai Koperasi Kuis Cell Sdn. Bhd., Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS), Puziah Abdul Wahab berkata, ada kanak-kanak yang dengan sendiri mahu berpuasa tanpa disuruh dan ada antara mereka langsung tidak mahu walaupun disuruh berkali-kali. Oleh yang demikian, inisiatif seperti menceritakan kelebihan-kelebihan bulan Ramadan dan pahala orang berpuasa sedikit sebanyak boleh digunakan dalam bentuk kiasan yang mudah untuk difahami. "Contohnya, kaitkan hadis yang mengatakan 'akan dibuka segala pintu syurga ketika bulan puasa'. "Dengan cara itu, mereka akan tertarik dan perasaan ingin tahu dengan lebih lanjut tentang fadilat tersebut dapat menyuntik semangat mereka sedikit demi sedikit," katanya. Begitupun katanya, ibu bapa tetap perlu bijak memainkan peranan dalam memikat anak-anak untuk berpuasa seperti dengan cara membawa mereka bersama-sama membeli juadah berbuka. Cara ini mampu menarik minat mereka untuk terus berpuasa keesokan harinya. "Kita boleh tanya sendiri menu apa yang mereka suka untuk berbuka dan ini akan membuatkan mereka seronok untuk berpuasa lagi," tambahnya. Pensyarah Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya(UM), Profesor Madya Dr. Mariani Md.Nor pula berkata, bagi memujuk anak-anak belajar berpuasa mula-mula ibu bapa perlu beritahu apa maksud puasa, ganjaran, pahala dan dosa. "Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak sangat gemarkan permainan dan menonton kartun. Oleh itu, galakkan mereka untuk menonton rancangan kartun berunsur keislaman seperti Upin dan Ipin yang banyak memberi teladan dan pengajaran," katanya. Ketiga, ibu bapa harus diingatkan bahawa kanak-kanak tidak boleh dipaksa untuk berpuasa. Oleh yang demikian, mereka boleh diajar berpuasa mengikut peringkat demi peringkat. Sebagai contoh, berpuasa dua jam, lima jam dan seterusnya mampu berpuasa penuh. Tambah Dr. Mariani lagi, ganjaran memberi duit sebagai hadiah apabila mereka berpuasa penuh harus cuba dielakkan kerana tidak ada istilah tawar-menawar antara anak-anak dan ibu bapa. Katanya, ibu bapa harus memahami di mana anak-anak itu adalah tetap kanak-kanak yang harus dilentur secara perlahan-lahan. Selain daripada itu, ibu bapa perlu mengelak anak-anak daripada aktif bermain di luar kerana mungkin boleh meletihkan mereka. Tidak hairanlah jika ini menjadi salah satu faktor mereka untuk berbuka puasa awal daripada waktu yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, ibu bapa turut perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar mampu menangani kerenah anak-anak. "Selain daripada memberi motivasi dan semangat, usaha untuk menarik perhatian mereka seperti membuat senarai menu kesukaan seperti nasi goreng, ayam goreng, hot dog dan sebagainya dapat menaikkan semangat anak. "Didik anak-anak supaya mengurangkan menonton televisyen juga adalah salah satu cara mudah untuk menyuruh mereka berpuasa. "Ini kerana di televisyen terdapat banyak iklan makanan yang mungkin akan menggugat iman si kecil," katanya. - UTUSAN

Hanie Aroma & Inner Theraphy beauty ( khusus untuk wanita muslimah)

Hanie Aroma & Inner Theraphy beauty ( khusus untuk wanita muslimah)
perkhidmatan yang ditawarkan...

Charity

Tanah untuk dijual

Tanah merah 2000 lori untuk dijual. Lokasi Kampung Mengkabung, Masjid Nur Falah. Sesuai untuk kontraktor yg buat kawasan perumahan dan mana-mana syarikat yg perlukan tanah. Datang ambil sendiri
Satan often intimidate people by poverty until they are afraid to give alms (Verse 268: Al-Baqara). Humans, when given all the gold, all the gold he wanted more (Hadith). They tend to see the importance of the world, but not ready to plant next. There are too stingy man without realizing that everything comes from Allah (Say: Everything comes from Allah SWT ). They dominated stingy feeling to forget the meaning of brotherhood ...

salam ukhuwah